Selasa, 12 April 2016

CARA MENANAM SENGKUANG DALAM PASU



Benih sengkuang

Sengkuang atau jicama adalah nama tanaman di mana akarnya membesar sebagai isi yang dimakan, isinya berwarna putih serta jenis pokok menjalar. Daun separa bulat berwarna hijau dan mempunyai buah memanjang. Pokok sengkuang ditanam melalui biji. Nama saintifik bagi sengkuang ialah pachyrhizus erosus dan berasal dari negara China. Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi bagaimana menanam benih sengkuang dalam pasu.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

1. Lima hingga sepuluh biji sengkuang, lebih pun tidak mengapa.

2. Lima hingga sepuluh buah pasu 18 inci atau apa-apa bekas bersaiz besar.

3. Campuran media atau topsoil. Anda juga boleh menggunakan jenis tanah yang lain asalkan jangan tanah clay.

4. Air untuk menyiram.


Cara penyediaan menanam sengkuang;

1. Pilih benih sengkuang yang sihat untuk disemai. Sebelum ditanam benih sengkuang direndam terlebih dahulu ke dalam air sehingga semalaman.

2. Bubuh media campuran ke dalam pasu hingga penuh.

3. Buat lubang sedalam kira-kira satu inci setengah.

4. Masukkan sebiji sengkuang yang telah direndam semalaman ke dalam lubang. Satu pasu untuk satu benih sengkuang. Ini bertujuan agar tidak ada persaingan dan akar sengkuang bebas bergerak.

5. Timbus lubang dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.

6.  Letak pasu-pasu itu ditempat selamat dan jangan lupa menyiram dengan air secukupnya       agar tanah sentiasa lembab. Benih sengkuang mulai bercambah setelah 5 hingga 14 hari disemai. Ia mengikut kadar kelembapan tanah. Namun jika tanah terlalu basah pula benih sengkuang akan berkulat dan mati.

7. Jaga anak pokok sengkuang seperti menjaga sayuran lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar