Persedian
Tanah
Petola segi akan mengeluarkan hasil
yang tinggi jika ditanam di tanah yang gembur berpasir, mengandungi banyak
bahan organik dan mempunyai saliran yang baik. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam
antara 20 dan 30 sm untuk memudahkan pertumbuhan akar.
Batas disediakan menggunakan jentera
atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara
1-1.2 meter,tinggi batas antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut
kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter. Batas di tambak dengan
bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu hingga tiga kg/meter
persegi,bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum
menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok.
Penanaman
·
Jarak tanaman yang disyorkan ialah
antara 50 dan 60 sm antara pokok dan 60 dan 100 sm antara barisan.
·
Biji benih boleh ditanam terus ke
batas atau disemai dulu ditapak semaian sebelum di ubah ke ladang.
·
Jika ditanam terus, gali lubang
sedalam satu hingga dua sm dan letak dua atau tiga biji benih dengan
menjarakkan dua sm antara satu sama lain, benih dikambus menggunakan tanah
halus.
·
Kadar biji benih yang diperlukan
ialah lima kg/hektar.
·
Selepas seminggu anak benih
bercambah, ia perlu dijarangkan dengan mencabut anak benih yang kurang segar,
tidak sihat, tinggalkan satu pokok sahaja setiap lubang penanaman bagi
mengelakkan persaingan dari segi makanan, ruang, cahaya dan air.
·
Tanah di keliling anak benih
dipadatkan supaya pokok lebih kuat dan akar tidak terdedah
Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan dengan
mencantas dahan sisi dan pucuk terutama cabang sisi yang tumbuh 30 sm dari
paras tanah,ia bagi menggalakkan pertumbuhan batang utama supaya cepat memanjat
"trelis "/junjung yang disediakan dan memperbaiki pengudaraan tanaman,
mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan menggalak pengeluaran buah.
penyediaan
junjung
Petola segi memerlukan junjung atau
penyokong untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan proses penuaian.
Sistem trelis boleh digunakan iaitu dengan memacakkan kayu beruti berukuran 5
sm x 5 sm x 6.5 meter panjang setiap jarak 3 meter.
Kemudian regangkan dawai kasar
antara puncak kayu beluti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara
kedua hujung batas, gunakan paku untuk memasang dawai dibahagian atas dan bahagian
bawah antara antara 20 dan 30sm dari permukaan tanah batas. Tali rafia diikat antara dua dawai halus bagi
membantu anak pokok memanjat bila telah berumur dua minggu.
Pengairan
Pokok petola segi memerlukan air
yang banyak untuk kelembapan yang cukup bagi pertumbuhan yang lebih subur, Penyiraman
dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali
sehari bila pokok besar dan sehingga memungut hasil. Pengairan dibuat secara
manual atau menggunakan sistem pengairan. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang
menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina bagi menyalirkan air yang
berlebihan ke parit utama
Pengawalan
rumpai
Pengawalan rumpai adalah penting
untuk menjamin hasil yang tinggi, kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan
persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang. Rumpai juga
menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu
dilakukan setiap minggu sama ada secara manual atau secara kimia ia dilakukan
dua atau tiga bulan sekali, elakkan semburan pada tanaman.
Pembajaan
Baja yang disyorkan ialah 70 kg
N:140 kg P2O5:200 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada jenis tanah
di satu satu kawasan, keperluan nutrien tanaman, masa dan cara pembajaan .
Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan
dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun
pokok serta dikambus Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK
biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu dan
sebelum tanaman berbunga.
Kawalan
perosak dan penyakit
Serangga yang biasa menyerang petola
segi ialah lalat buah (Dacus sp), serangan pada buah yang menyebabkan
buah berlubang dan busuk, buah muda yang diserang menjadi teruk dan berubah
bentuk dan terbantut, pastikan buah petola dibungkus dan musnahkan buah yang
diserang perosak. Serangan kumbang daun
(Aulacophora sp) pada bahagian akar dan daun oleh kumbang dewasa dan
larva kumbang menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman, gunakan racun yang
sesuai sebagai kawalan
Penyakit utama ialah kulapuk berdebu
(Erysiphe cichoracearum) yang menyebabkan tompok putih dan berdebu
di permukaan daun dan merebak pada keseluruhan daun dan bertukar menjadi
kuning, perang dan kering dan berkedut.Pokok yang diserang kurang berbuah dan
kecil bentuknya. Jika terdapat tanda serangan musnahkan daun yang diserang dan
sembur dengan racun kulat yang sesuai.
Serangan kulapok downy (Pseudopereronospora
cubensis) ialah pada daun,terdapat bintik berbentuk bersiku siku ,berwarna
hijau pucat kekuningan di atas daun, lapisan bawah diselaputi spora dan
akhirnya menjadi perang dan mati,buah akan terbantut, pastikan daun yang
diserang dimusnahkan. Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang
sesuai.
Penuaian
·
Petola segi boleh dituai antara enam
dan tujuh minggu selepas penanaman.
·
Tuaian hasil dibuat selang sehari
dan berterusan antara antara 50 dan 60 hari.
·
Anggaran hasil ialah 12-20
tan/hektar. Tangkai buah dipotong 1.5 sm dari tangkai buah,ia digred mengikut
saiz, kesegaran dan tahap serangan penyakit serta serangga. petola segi tahan
selama tiga hari tanpa menjejaskan kualiti jika disimpan pada suhu ambian.
·
Pada suhu 15 dan kelembapan
kira-kira 95 peratus tahan disimpan selama dua minggu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar